Warga Pendidik 2017

Warga Pendidik 2017

05 Ogos 2010

Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Bersempena dengan bulan Ogos ini, Aktiviti Bulan Kemerdekaan telah dijalankan di SMKBA ini. Untuk permulaan pada tahun ini, aktiviti menceriakan kawasan sekolah dengan menggantungkan bendera telah dilaksanakan. Aktiviti ini adalah di bawah bidang kemanusiaan yang diketuai oleh Ustazah Noorlaila.

pemandangan dari pintu masuk utama

kawasan koridor ke banggunan kelas

Aktiviti ini dimulakan pada pukul 3.00 petang dan tamat sejam kemudian. Antara yang menolong menggatungkan bendera ini, adalah pengawas dan pelajar asrama.


ustzh Noor turun padang untuk menggantungkan bendera di sekitar sekolah


bendera kecil juga digantung disepanjang laluan koridor


Antara objektif utama aktiviti ini adalah menimbulkan kesedaran tentang cintakan tanah air kepada semua pelajar dan guru guru. Selain itu, aktiviti menggantung bendera ini juga dapat meningkatkan semangat sayangkan tanah air dan menghargai jasa dan pengorbanan para pemimpin terdahulu untuk mencapai kemerdekaan.



bendera digantung di sepanjang laluan masuk ke sekolah



bendera juga dipasang di hadapan tapak perhimpunan


semoga dengan adanya aktiviti ini, ianya akan menceriakan lagi kawasan sekolah dan dapat meningkatkan lagi semangat untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 53 tidak lama lagi.

Tiada ulasan: