Warga Pendidik 2017

Warga Pendidik 2017

16 Februari 2010

Sukan Sekolah

Kejohanan Sukan Antara Rumah Rumah Sukan (KOARS) SMKBA pada tahun ini diadakan pada 9 hingga 13 Februari 2010. Pada edisi kali ini, pasukan rumah Hijau telah berjaya merampas kejuaraan sekaligus menjadi pasukan terbaik pada tahun ini. Tempat kedua ialah pasukan rumah Kuning diikuti dengan pasukan rumah Biru dan pasukan rumah Merah.

Semangat kesukanan yang tinggi ditunjukan oleh setiap peserta


Acara yang menjadi pilihan ramai


Semua olahragawan dan olahragawati bergambar dengan pengetua dan tetamu jemputan

Bacaan ikrar peserta di ketuai oleh Erica Nelson
Berikut adalah senarai pemenang
Juara - Rumah Hijau (608)
Kedua - Rumah Kunig (561)
Ketiga - Rumah Biru (507)
Keempat - Rumah Merah (421)
  • Olahragawan
  1. Madljan Naslin- LK1
  2. Reappea Philipe - LK2
  3. Wilson Juing - LK3
  4. Irwanto Mathew - LK4
  • Olahrawati
  1. Erica Nelson - PK1
  2. Angela Tan - PK2
  3. Evalyna Louisa - Pk3
  4. Senia Limbie - PK4

09 Februari 2010

Jasamu Dikenang



Ruangan kali ini, pihak editorial Tinta mewakili seluruh warga SMKBA ingin merakamkan jutaan terima kasih dan perhargaan yang tidak terhingga kepada Cikgu Angela. Beliau telah banyak menabur bakti secara langsung mahupun tidak dalam memastikan SMKBA terus berdaya saing dalam menghasilkan modal insan yang begitu bernilai kepada masyakat. Semoga beliau sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi. Diharap ketiadaan beliau tidak mematahkan semangat warga SMKBA untuk terus berjuang kerana “ yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti”.


04 Februari 2010

Perang Rumah Sukan... Kini Bermula



10 hingga 12 Februari 2010, tarikh yang akan menggegarkan wilayah Bawang Assan bagi tahun ini. Peperangan 4 penjuru ini melibatkan Rumah Hijau yang dipimpin oleh Jeneral Stephen Buda, Rumah Biru yang dipimpin oleh Jeneral Micheal Itot, Rumah Merah yang dipimpin oleh Jeneral Zaharudin dan Rumah Kuning yang dipimpin oleh Jeneral Moses Etap.

‘Peperangan’ tahunan ini menampilkan gabungan pemimpin generasi baru dan lama, menguji sejauh mana strategi yang dipasang kali ini berhasil ataupun tidak. Proses merekrut dan melatih peserta telah pun giat dijalankan. Setiap jeneral umumnya masih lagi merahsiankan taktik mereka bagi menghangatkan lagi ‘peperangan‘ kali ini. Para pelajar juga menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan berlatih bersungguh sungguh demi menjayakan lagi kejohanan yang berprestij ini.

Di dalam keghairahan untuk meraih kemenangan, diharap nilai nilai murni yang dipelajari selama ini tidak dilupakan malah diterapkan lagi semasa berlangsungnya kejohanan ini. Pasukan yang manakah yang akan muncul juara?
Nantikan kesudahannya.