Warga Pendidik 2017

Warga Pendidik 2017

31 Julai 2010

Pantun Alam Sekitar 2 Alamanda

ANAK AYAM BERLARI LENGAI
MAKAN CACING SAMPAI TERCEKIK
SISA TOKSIK DIBUANG KE SUNGAI
HABIS MATI KEHIDUPAN AKUATIK


BURUNG TEMPUA BERSARANG RENDAH
MATI SEEKOR TERJERAT BENANG
PANTAI YANG BERSIH BEGITU INDAH
FIKIRAN YANG KUSUT MENJADI TENANG


PERGI KE TAMAN BERSAMA RAKAN
MARI BERMAIN BERAMAI RAMAI
PANTAI YANG BERSIH JADI TARIKAN
NEGARA INDAH MENJADI PERMAI


IKAN KELI SI IKAN DURI
MARI DI TANGKAP DIDALAM PERIGI
AIR SUNGAI JANGAN DICEMARI
KELAK KITA MENDAPAT RUGI


DARI SIBU PERGI KE KELANTAN
PERGI KELANTAN MEMBELI IKAN
FLORA MERATA TUMBUH DI HUTAN
HIJAUNYA DAUN JADI TARIKAN

MEMANCING IKAN ABANG GEMAR
SUKA MEMANCING SI IKAN KELI
KE MANA SAJA ALAM TERCEMAR
HATI PILU SEDIH SEKALI

LADA DI PETIK DI HUJUNG LEMBAH
UNTUK ULAMAN SI GULAI LEMAK
SAMPAH DI BUANG KIAN BERTAMBAH
AKIBAT SIKAP MANUSIA YANG TAMAK

TERBANG SEKAWAN SI BURUNG CAMAR
SINGGAH SEBENTAR DI ATAS PARA
SUNGAI KITA JANGAN DICEMAR
NANTI HIDUP AKAN SENGSARA

JEREBU MELANDA NEGARA KITA
KEBAKARAN DAN KILANG PUNYA ANGKARA
LAPISAN OZON SEMAKIN DERITA
TANAMKAN KESEDARAN ATASI SEGERA

DARI SITU PERGI KE SANA
BERJALAN KAKI MEMAKAI SELIPAR
JIKA INGIN HIDUP SELESA
JAGA DAN PELIHARA ALAM SEKITAR

PERGI MEMETIK DI DAUN KARI
TUMBUH MELATA DI DALAM TAMAN
JAGALAH HUTAN SETIAP HARI
SUPAYA HIDUP SENTIASA AMAN





karya pelajar pelajar 2 Alamanda 2010,
Albert, Clarissa, Elexson, Edgar, Erra, Elizabeth, Jessica, Marverick, Michelle, Vanessa, Willie, Zane

28 Julai 2010

Aktiviti Pasukan Pengakap ke-44

Pasukan Pengakap , telah melakukan aktiviti masakan rimba pada 28 Julai 2010. Akiviti ini adalah bertujuan untuk memberikan kemahiran asas kepada semua ahli pengakap muda tentang teknik teknik memasak semasa perkhemahan. Aktiviti ini adalah dibawah pemantauan dan nasihat dari guru penasihat pengakap.

Aktiviti bermula dari mencari buluh pada 27 Julai dan memasak pada 28 Julai. Ianya diadakan dari pukul 2.30 hingga 5.00 petang berhampiran kelas 5 Sains. Di dalam aktiviti ini, ahli pengakap telah didedahkan dengan aktiviti memasak ayam pansuh, roti pintal dan telur.

Semua ahli pengakap yang hadir telah memberi komitmen yang tinggi semasa aktiviti ini dijalankan. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan terhadap pengakap dikalangan semua ahli.

aktiviti mencari buluh

memotong buluh

memasukkan ayam dalam buluh


menghidupkan api


ayam yang dimasak di dalam buluh


dan hasilnya....

pelajar memasukkan ayam ke dalam buluh


27 Julai 2010

Pantun Alam Sekitar 2 Carnation

ANAK MAK MINAH MEMAKAI DESTAR
DESTAR DIPAKAI DENGAN SENYUMAN
JANGANLAH MENCEMARKAN ALAM SEKITAR
SUPAYA HIDUP KITA KAN AMAN


ANAK PAK KASSIM MEMBELI TENGGIRI
MULUT RUNCING DIPOTONG EMPAT
UBAHLAH SIKAP DIRI SENDIRI
JANGAN MEMBUANG SAMPAH MERATA TEMPAT


ANAK KAMBING MASUK BELUKAR
BURUNG BANGAU BERBADAN SASA
JAGALAH KITA ALAM SEKITAR
AGAR KEHIDUPAN TIDAK TERSEKSA

TUMBUH MERIMBUN POHON TAMBUNI
GUGUR MELATA DI ATAS TITI
SUNGAI TERCEMAR SANA SINI
BANYAKLAH IKAN YANG AKAN MATI

DAUD NGEREMBANG MEMASANG PELITA
PELITA DIPASANG BERWARNA WARNI
JIKA SAMPAH SEKELILING KITA
HANCURLAH ALAM YANG FANA INI

BINTANG TERANG DI LANGIT SENJA
TERANG MENJELMA DI SINGGAH SANA
WAHAI MANUSIA WAHAI PERKERJA
JAGALAH HUTAN DENGAN SEMPURNA

IKAN SELUANG MEMAKAN AKAR
AKAR SEDAP BURUNG TEMPUA
HUTAN DITEBANG DAN JUGA DIBAKAR
PUNAHLAH HABITAT HAIWAN SEMUA

TANAH UDARA AIR DAN LAUTAN
ALLAH KURNIA PELBAGAI KEGUNAAN
MESTI DIHAYATI PENUH KESYUKURAN
PASTI DILIMPAHI PELBAGAI KURNIAAN

SAYA SAYANG IBU SAYA
IBU SAYA SAYANG SAYA
BAKAR HUTAN MENGUNDANG BAHAYA
HAPUSLAH MUSNAH ALAM YANG KAYA

MALAM SUNYI TERANG BULAN
MARI MEMETIK SI DAUN DAMAR
MENJAGA SUNGAI JADIKAN AMALAN
ALAM INDAH TIDAK TERCEMAR

POHON UBI TEGAK BERDIRI
APATAH LAGI POHON KELADI
JIKA INGIN DUNIA BERSERI
JAGALAH ALAM SEMULA JADI

BURUNG PIPT SI BURUNG PUNAI
DITANGKAP OLEH ANAK MANUSIA
RACUN DIBUANG KE DALAM SUNGAI
BANYAKLAH IKAN YANG HIDUP MERANA

PADI JERAMI DI HUJUNG DAHAN
BUAT MAKAN DI ANAK NYONYA
SUNGAI DAN TASIK ANUGERAH TUHAN
JANGANLAH KITA MENCEMARKANNYA

WAHAI SAUDARA SAHABAT DAN RAKAN
BERGANDING BAHU KUKUHKAN IKATAN
JANGAN SUKA MEMBUAT KEROSAKAN
NYAWA TERANCAM MENGANGGU KESIHATAN

karya pelajar 2 Carnation 2010,
Andrew, Catherine, Ejau, Joana, Leon, Marie, Nicholes, Playmond, Roseline, Rosita, Siti, Terry

26 Julai 2010

Taman Mini KHB

Projek Taman Mini KHB adalah satu projek di mana membina sebuah taman serbaguna untuk tujuan meningkatkan kefahaman pelajar dan juga menyediakan tempat untuk amali bagi pelajar pelajar KHB. Objektif utamanya ialah supaya pelajar-pelajar dapat menjalani latihan amali daripada teori yang telah dipelajari dalam bilik darjah dan mengalami ilmu Kemahiran Hidup untuk meningkatkan Keberkesanan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
En Ling berdiri di hadapan projek taman mini
Projek di bawah kelolaan dan penyelarasan Bidang Teknik dan Vokasional yang diketuai oleh KB Teknik dan Vokasional, En Ling Ding Houng. Projek ini juga dibantu oleh guru guru KHB yang sama sama memberi idea bagi meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan projek ini.


En Abu juga turut membantu


Terletak berhadapan dengan makmal KH, ialah dibiayai oleh sumber kewangan yang diperuntukkan kepada unit KHB dan dijangkakan siap pada awal bulan Ogos ini.

Antara pelajar yang turut membantu



Semoga dengan kehadiran projek ini, akan menambahkan lagi keceriaan dan juga dapat mencantikkan lagi lanskap di SMKBA ini.

Selamat Berkhidmat di SMK Bawang Assan

Salam perkenalan dari Cikgu Kokilavani




Bermula pada 22 Julai 2010, SMKBA menerima seorang lagi tenaga pengajar yang akan memperkuatkan lagi barisan kakitangan akademik yang ada. Beliau adalah Pn. Kokilavani a/p Thiruchelvam dan berasal dari Ipoh, Perak.

Semoga dengan kehadiran beliau akan dapat membantu semua pelajar dan juga meningkatkan lagi akademik di sekolah ini. Selamat bertugas diucapkan.

22 Julai 2010

Pengambaran Suara Bawang Assan 3

Hari ini, sesi pengambaran untuk majalah sekolah diteruskan lagi. Pada kali ini sesi bidang pentadbiran dan unit unit khas di sekolah.
Staff Akademik

Duduk dihadapan dari kiri: Ustz Noorlaila (KB Kemanusiaan), En Ling Ding Houng (KB Teknik & Vokasional), En Andrew Bandang (Kaunselor), En Jeffery (PK 1), En Kandou ( Pengetua), En Jarit (PK HEM), En Damasus (KB Bahasa), En Sembi (KB Sains)

Baris kedua, dari kiri: Cik Rebbeca Ida, Cik Rosemary, Cik Dyg Shaliza, Cik Yong King King, Pn Nafsiah, Pn Seow Yean Lee, Pn Kong Mee Ching, Pn Ling Hui Tyng, Cik Doris, Pn Martha, Cik Irene Ngu, Cik Yii Hea Lang.

Baris ketiga, dari kiri: Cik Sophia, Cik Dara, Pn Mahfuzah, En Moses, En Stephen Buda, En Mohd Madya, Pn Harmila, Cik Molly, Cik Maggdelinna.

Baris keempat, dari kiri: En Su Hiap Soon, En Zaharudin, En Tommy Nayum, En Azairuddin, En Fong Wai Keat, En Paul Hijau, En Giyong, En Lim Tze Chye

Tiada dalam gambar: En Patrick Gerijeh (PK KoKo), En Willy, Pn Ting Ngiik Fung, Cik Edrysharvin, Pn Sharifah.

Anggota Kakitangan Sokongan

Lembaga Warden


Pengawas Sesi 2009/2010


Pengawas Sesi 2010/2011


Pustakawan


Unit SAL


Unit SPBT

21 Julai 2010

Pengambaran Suara Bawang Assan 2

Hari ini sesi pengambaran diteruskan. Walaupun hujan renyai renyai turun pada awalnya, ianya tetap dijalankan seperti biasa dan kerjasama semua pihak adalah sangat sangat membanggakan. Di bawah ini adalah gambar semasa sesi pengambaran pagi tadi...
Pasukan Pengakap ke 44 Sibu

BSMM

Pandu Puteri


Kadet Polis


Kadet Remaja Sekolah





20 Julai 2010

Pengambaran Suara Bawang Assan, kini bermula

Sesi pengambaran bagi Malajah Suara Bawang Assan telah bermula pada hari ini sehingga hari Khamis ini. Bermula dengan pengambaran gambar kelas diikuti dengan unit beruniform dan Unit pentadbiran.

Gambar kenangan Cikgu Dayang bersama pelajar lelaki 5A1

Perlantikan Rasmi Pengawas Baru Sesi 2010/2011

Pada hari ini, diadakan satu upacara ringkas penyerahan watikah perlantikan pengawas baru sesi 2010/2011 bagi menggantikan pengawas sesi 2009/2010. Acara penyerahan sijil itu diadakan semasa perhimpunan pagi yang telah disempurnakan oleh tuan pengetua.

Pada sesi kali ini, barisan pengawas baru diperkuatkan dengan seramai 35 orang pelajar yang dipilih dari tingkatan 2, 3 dan 4. Pada sesi kali ini juga, ianya diketuai oleh saudara Loppson Leong bagi menggantikan saudara Salang Juing. Ianya dibantu oleh dua orang penolong ketua pengawas iaitu saudari Elizabeth Ming dan Saudara Morizlan Ramli.
Loppson Leong, selaku Ketua Pengawas sesi 2010/2011
Elizabeth Ming, selaku Penolong Ketua Pengawas 1

Morizlan Ramli, selaku Penolong Ketua Pengawas 2

Dengan terlaksananya perlantikan secara rasmi ini, maka bermula satu tugas dan tangungjawab yang sangat berat kepada semua para pengawas. Dari pihak editorial, ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada semua pengawas baru. Semoga kegemilangan kepimpinan akan terus diwarisi oleh kepimpinan yang baru ini.

12 Julai 2010

Program Hafal Nilai

Program adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM tahun ini agar menghafal nilai nilai yang telah dipelajari dalam matapelajaran Pendidikan Moral. Semoga denga adanya program seperti ini akan melonjakkan lagi prestasi matapelajaran Pendidikan Moral sekaligus melonjakkan prestasi sekolah juga.
Seperti dengan Program Hafal Sifir, program ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 5 dan setiap hari semasa perhimpunan seramai 3 orang pelajar tingkatan 5 akan dipilih secara rawak dan akan membaca definisi nilai di hadapan perhimpunan.

09 Julai 2010

Program Kecemerlangan Akademik Pelajar Asrama

Program Kecemerlangan Pelajar Asrama

Hari Koperasi Peringkat Sekolah 2

Pada 2 Julai 2010, bersempena dengan Hari Koperasi Peringkat Sekolah, satu majlis ringkas menanam pokok buah buahan telah disempurnakan oleh Tn Pengetua dan barisan penolong penolong kanan di Taman KHB. Aktiviti ringkas ini bermula pada pukul 7.00 pagi dengan disaksikan oleh guru guru dan pelajar. Antara pokok buah buahan yang ditanam ialah pokok longan, pokok limau kasturi dan pokok nangka. Semoga dengan aktiviti ini akan menambahkaan lagi keceriaan lanskap SMKBA dan juga dapat menaikkan semanagat para pelajar kelak
Bergambar kenangan


Upacara menanam pokok di kawasan kebun sekolah
Antara pokok yang ditanam


Pokok yang telah ditanam. Semoga cepat membesar :)


En Ling Ding Houng bersama pelajar yang membantu beliau


Hari Koperasi Peringkat Sekolah

Pada 1 Julai 2010, telah diadakan sambutan hari koperasi sekolah di Sri Dewan Bawang Assan. aktiviti sambutan diumumkan semasa perhimpunan pagi sekolah oleh Naib Pengerusi. Sambutan bermula pada 7.00 pagi sehingga 3.30 petang ini dimulakan dengan jualan diskaun di kedai koperasi, diikuti dengan perhimpunan khas di Sri Dewan Bawang Assan. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini terbukti dengan kehadiran seramai 213 pelajar, 30 guru dan staf sokongan.

Untuk memeriahkan sambutan yang pertama kali diadakan ini, pihak koperasi telah menyediakan 10 soalan kuiz ,peserta dipilih secara rambang. Hadiah berbentuk wang telah diberikan kepada peserta. Cenderamata berbentuk buku nota telah diedarkan kepada ahli anggota koperasi serta tetamu yang hadir, untuk dijadikan tanda peringatan sambutan hari koperasi.





Ucapan Perutusan Menteri Pendidikan oleh En Ling Ding Houng

Antara tetamu yang hadir

Sesi Menjawab Soalan Kuiz



Gaya seorang pelajar menjawab soalan kuiz


Pelajar yang bejaya mendapat 'Angpow'



Diharapkan aktiviti sambutan koperasi ini dapat memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

08 Julai 2010

Majlis Meraikan Kepimpinan Pengawas Asrama 2010

Ucapan Tn Pengetua
Penyerahan Tugas daripada;
Ketua Pengawas 2009, Salang Juing (kanan) kepada Ketua Pengawas 2010, Loppson Leong (kiri)

Penyerahan Tugas daripada;
Penolong Ketua Pengawas 2009, Jessica Jawie (kanan) kepada Penolong Ketua Pengawas 2010, Elizabeth Ming (kiri)







Kursus kepimpinan Pengawas Asrama dan Harian

Kursus ini dijalankan pada 6 hingga 8 Julai 2010 bertempat di Dewan Sri Bawang. Seramai 36 orang pelajar terlibat. Penyelaras kursus ini ialah En Azairuddin selaku ketua warden, setiausaha oleh En Andrew selaku kaunselor sekolah dan En Willy bertindak sebagai ketua program selaku guru penyelaras badan pengawas 2010.
Sesi 'Ice breaking'

Sesi Pembentangan Kerja Berkumpulan


Aktiviti Sukaneka

Penyampaian Hadiah dan Cendemata

Pengawas Sesi 2010/2011 SMKBA

Dari unti editorial, ingin mengucapkan tahniah kepada semua pengawas baru dan juga selamat menjalankan tugas kepada mereka semua.

Program Hafal Sifir

Program Hafal Sifir ini adalah anjuran Panatia Matematik di bawah penyelaras En Lim Tze Chye dan Pn Ling Hui Tyng. Program ini adalah bertujuan bagi melatih para pelajar untuk menghafal sifir. Pada peringkat awal, program ini hanya melibatakan pelajar tingkatan 1 sahaja. Pada setiap hari semasa perhimpunan pagi dua orang pelajar tingkatan 1 akan dipanggil secara rawak untuk membaca sifir. Jika berjaya membaca sifir dengan sempurna, pelajar tersebut akan diberikan saguhati berupa buku tulis, manakala jika gagal, pelajar tersebut akan berjumapa dengan penyelaras pada waktu rehat untuk membaca sifir itu kembali.


Pelajar membaca sifir di Perhimpunan Pagi

Pelajar menerima saguhati dari Tn Pengetua