Warga Pendidik 2017

Warga Pendidik 2017

20 Mac 2010

Tahniah




Tahniah diucapkan kepada En Jarit Jugah di atas kelahiran puterinya yang kedua. Bayi perempuan yang diberi nama Wessie Bernina itu, telah selamat dilahirkan pada 2 Mac 2010, di Rajang Medical Centre. Tahniah juga diucapkan kepada Pn Seow Yean Lee di atas kelahiran anaknya yang kedua. Beliau selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Verom Chong, pada 17 Mac 2010 yang lalu. Semoga dengan kehadiran ahli keluarga yang baru ini, akan menceriakan lagi keluarga mereka dan juga akan menambahkan lagi rezeki keluarga mereka masing masing.

13 Mac 2010

Ujian Kesihatan

Pada 9 Mac 2010 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bawang Assan untuk menjalankan ujian kesihatan terhadap semua pelajar tingkatan 3 SMKBA. Ujian kesihatan merangkumi ujian mata, tangan, BMI dan sebagainya. Objektif program ini adalah untuk memberi nasihat dan kesedaran terhadap pelajar mengenai penjagaan kesihatan dan juga menjadi platform saringan kesihatan. Pada hari tersebut juga para pelajar telahpun diberikan suntikan imunan Tetanus di mana dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit-penyakit berjangkit yang boleh meragut nyawa manusia
menunggu giliran

siapa nama?

sakit tak???


ujian mata

beratnya

bila nak tinggi ni?

04 Mac 2010

Kejohanan Bola Sepak MSS Sibu

Pada 1 hingga 3 Mac yang lalu, SMKBA telah menghantar skuad bola sepak bawah 18 tahun untuk Kejohanan Bola Sepak MSS Sibu bertempat di Padang Penjara, Sibu. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain dan barisan jurulatih yang telah bermain bersungguh sungguh menaikkan martabat sukan SMKBA.


kesebelasan utama



bicangkan strategi




Berikut adalah keputusannya:
SMKBA vs SMK Bandar Sibu ( 3-0), SMKBA vs SMK Sibu Jaya ( 1-2),

SMKBA vs SMK Jalan Oya ( 1-2)


Seorang pemain, iaitu Morizlan Ramli dari kelas 4A1 telah berjaya terpilih untuk mewakili bahagian Sibu untuk bermain di peringkat negeri yang diadakan di Mukah. Pada kejohanan itu, bahagian Sibu telah mendapat tempat naib juara setelah kalah kepada bahagian Kuching pada perlawanan akhir. Pada perlawan akhir tersebut, bahagian Kuching telah berjaya menewaskan bahagian Sibu dengan jaringan 4 –1.Tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga dengan kejayaan ini akan meningkatkan lagi prestasi para pelajar di masa hadapan.











02 Mac 2010

Jasamu Dikenang



Bulan ini, SMKBA kehilangan seeorang lagi warga kerjanya iaitu En Ahmad Zaidi b Sebli. Jawatan beliau di sekolah ini ialah sebagai pembantu tadbir, yang menguruskan hal ehwal berkaitan dengan kewangan. Beliau telah berkhidmat selama 13 tahun di SMKBA bermula pada 16 Julai 1997. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat selama 18 tahun di SMK Jalan Oya juga sebagai pembantu tadbir. Kini, beliau akan menyambung khidmat dan jasanya di SJK Chung Sing, Sibu, bermula dari 1 Mac 2010. Dari unit editorial ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada beliau di atas sumbangan yang sangat baik semasa berkhidmat di sini. Di sini juga unit editorial ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan semoga dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan beliau di tempat yang baru nanti.