Program Ngiling Bidai ini telah diadakan pada 26 Jun 2010, bertempat di Dewan Sri Bawang. Acara bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, persembahan kebudayaan, tarian tradisional, tarian poco poco dan pertandingan kumang dan keling. Program ini telah dirasmikan oleh En Embark Tani, YDP PIBG SMKBA.
Ucapan aluan dari Tn Pengetua
Ucapan perasmian dari YDP PIBG
Pokok Ranyai yang dibina
Antara kumang yang hadir
Ngiling Bidai pula adalah penutupan bagi perayaan Gawai Dayak. Ngiling Bidai dilakukan dengan membuat persiapan terlebih dahulu seperti mendirikan ‘Pokok Ranyai’. Cara penutupan ini sama seperti ‘Pokok Ranyai’ untuk pengabang atau tetamu. Masyarakat setempat akan berkumpul di ‘ruai’ untuk bersama-sama menutup gawai tersebut. Mereka akan menari mengelilingi ‘Pokok Ranyai’ dan memotong ‘buah ranyai’ yang ada di dahan pokok sehingga habis. Kemudian, beberapa orang atau ‘Tuai Gawai’ akan menggulung bidai atau tikar dan mengikatnya bersama-sama menandakan berakhirnya Perayaan Gawai Dayak. Setelah itu, ‘buah ranyai’ yang telah dipotong akan dimakan bersama-sama. Dengan itu, berakhirlah perayaan Gawai Dayak bagi tahun tersebut setelah tumbangnya ‘Pokok Ranyai’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan