Pada Bahu Ini,
Yang Digelarkan Cikgu,
Diletakkan Seribu Satu Harapan
Oleh Ibu Oleh Bapa Yang Datang
Dengan Wajah Tersenyum
Anak-Anak Dibawa
Dengan Harapan Yang Menggunung
"Cikgu, Anak Saya Tidak Pandai!
Wahai Cikgu Tunjukkanlah Dia!
Berapa Ribu Saya Sanggup Sediakan!
Cuma Diharap Dia Mara Kehadapan!
Maksudnya Dalam Pelajaran!"
Cikgu Dengan Wajah Tersenyum Girang
Terima Tanggungan Yang Bukan Kepalang
Harapan Besar Akan Ditunaikan Jua
Lalu Anak-Anak Yang Tiada Dosanya
Dicalit Dengan Pelbagai Warna
Dicampur-Aduk Dengan Seribu Ragam
Di Sekolah Cikgu Kata Itu
Di Rumah Ibu Kata Ini
Di Jalan Kawan Kata Di Situ
Di Dalam Bas Abang Kata Di Sini
Banyak Kali Jua TV Kata Di Sana
Warna-Warna Itulah Bercelaru Di Kepalanya
Warna-Warna Itulah Menjadikan Cikgu
Kadang-Kadang Keliru Dalam Membantu
Kadang-Kadang Membuatkan Ayah Keliru
Dan Kepala Anak Menjadi Batu
Lalu Pada Bahu Ini Seorang Cikgu
Menyaksikan Harapan Yang Tidak Kunjung Datang
Memilih Warna Warna
Yang Semakin Sukar Diadukkan
Dan Selepas Habis Segalanya
Jiwa Raganya, Semangat Nuraninya
Malah Dirinya Diberikan Untuk
Mendidik Anak Bangsanya
Dan Di Hari Kejayaan
Si Ibu Mendabik Dada Sambil Berkata :
"Anak Saya Pintar Dan Rajin...
Sebab Itulah Dia Berjaya !!"
Dan Di Hari Kegagalan
Si Ayah Menunding Jari Dan Berkata :
"Cikgunya Malas-Malas Belaka...
Tidak Pandai Mengajar...
Lantas Anak Saya Gagal !!"
Tak Apalah Cikgu
Semua Mereka Itu
Anak-Anak Orang Belaka
Cikgu Hanya Menumpang Tuah
Kiranya
Suatu Masa Nanti Bangsa Bangun
Berdiri Megah Dengan Anak Watan
Ingatlah Wahai Cukgu
Perjuangan Kita Tidak Pernah Kan Padam
Buat Selamanya...
zaraSa
smkbt 2005
Yang Digelarkan Cikgu,
Diletakkan Seribu Satu Harapan
Oleh Ibu Oleh Bapa Yang Datang
Dengan Wajah Tersenyum
Anak-Anak Dibawa
Dengan Harapan Yang Menggunung
"Cikgu, Anak Saya Tidak Pandai!
Wahai Cikgu Tunjukkanlah Dia!
Berapa Ribu Saya Sanggup Sediakan!
Cuma Diharap Dia Mara Kehadapan!
Maksudnya Dalam Pelajaran!"
Cikgu Dengan Wajah Tersenyum Girang
Terima Tanggungan Yang Bukan Kepalang
Harapan Besar Akan Ditunaikan Jua
Lalu Anak-Anak Yang Tiada Dosanya
Dicalit Dengan Pelbagai Warna
Dicampur-Aduk Dengan Seribu Ragam
Di Sekolah Cikgu Kata Itu
Di Rumah Ibu Kata Ini
Di Jalan Kawan Kata Di Situ
Di Dalam Bas Abang Kata Di Sini
Banyak Kali Jua TV Kata Di Sana
Warna-Warna Itulah Bercelaru Di Kepalanya
Warna-Warna Itulah Menjadikan Cikgu
Kadang-Kadang Keliru Dalam Membantu
Kadang-Kadang Membuatkan Ayah Keliru
Dan Kepala Anak Menjadi Batu
Lalu Pada Bahu Ini Seorang Cikgu
Menyaksikan Harapan Yang Tidak Kunjung Datang
Memilih Warna Warna
Yang Semakin Sukar Diadukkan
Dan Selepas Habis Segalanya
Jiwa Raganya, Semangat Nuraninya
Malah Dirinya Diberikan Untuk
Mendidik Anak Bangsanya
Dan Di Hari Kejayaan
Si Ibu Mendabik Dada Sambil Berkata :
"Anak Saya Pintar Dan Rajin...
Sebab Itulah Dia Berjaya !!"
Dan Di Hari Kegagalan
Si Ayah Menunding Jari Dan Berkata :
"Cikgunya Malas-Malas Belaka...
Tidak Pandai Mengajar...
Lantas Anak Saya Gagal !!"
Tak Apalah Cikgu
Semua Mereka Itu
Anak-Anak Orang Belaka
Cikgu Hanya Menumpang Tuah
Kiranya
Suatu Masa Nanti Bangsa Bangun
Berdiri Megah Dengan Anak Watan
Ingatlah Wahai Cukgu
Perjuangan Kita Tidak Pernah Kan Padam
Buat Selamanya...
zaraSa
smkbt 2005
Tiada ulasan:
Catat Ulasan