Sempena kemenangan Rumah Merah semasa KOARS, sebuah majlis kecil bagi meraikan semua atlit rumah Merah yang telah memenagi pingat semasa kejohanan berlangsung. Majlis yang dilaksanakan secara sederaha dihadiri oelh semua guru penasiha yang di ketuai oleh En Su Hiap Soon. Majlis ini diadakan pada 25 Februari bertempat di astaka sekolah.
Segala persoalansudah terjawab. Segala keringat yang telah dikerah dan curahkan semasa KOARS baru baru ini sangat berbaloi. Hasilnya, Rumah Merah telah menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Satu pencapaian yang sangat menarik di mana ini adalah kemenangan yang pertama sejak lima tahun yang lalu di mana Rumah Merah biasanya menduduki tangga tercorot setiap kali berlangsungnya KOARS ini. tahniah sekali lagi.
Keputusan penuh adalah seperti berikut: JUARA : RUMAH MERAH MARKAH : 564
NAIB JUARA : RUMAH HIJAU MARKAH : 551
KETIGA : RUMAH BIRU MARKAH : 536
KEEMPAT : RUMAH KUNING MARKAH : 478
Walaupun menduduki tangga yang terakhir, tetapi Rumah Kuning telah berjaya menghasilkan 5 daripada 8 orang olahragawan olahragawati sepanjang KOARS kali ini. Ini adalah satu pencapaian yang juga sangat sangat membanggakan.
Pada 15 Februari 2011, bersamaan 12 Rabiul Awal, bersempena sambutan Maulidur Rasul, SMKBA telah mengahantar satu kontigen perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sibu. Dianggotai oleh seramai 56 orang pelajar dan diiringi oleh 8 orang guru dan kakitangan yang beragama islam. Perarakan sekitar bandar Sibu bermula seawal pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 10.00 pagi. Semoga dengan sambutan majlis ini, akan meningkatkan kecintaan kepada junjungan mulia baginda Nabi Muhammad SAW.