Warga Pendidik 2017

30 Ogos 2010
28 Ogos 2010
23 Ogos 2010
Peperiksaan Pertengahan Penggal Kedua
Peperiksaan Pertangahan Penggal Kedua bersambung lagi. Untuk minggu ini, semua pelajar termasuk menengah rendah. Peperiksaan dijalankan dari 23 hingga 27 ogos
20 Ogos 2010
16 Ogos 2010
Peperiksaan Pertengahan Penggal Kedua
Peperiksaan Pertengahan Penggal Kedua bermula hari ini. Peperiksaan dimulakan dengan menengah atas dari 16 Ogos sehingga 26 Ogos 2010. Selamat Menjawab dan Semoga Berjaya.
13 Ogos 2010
Motivasi Pelajar Tingkatan 3
Program motivasi peljar tingkatan 3 dijalankan pada 11 hingga 13 Ogos. Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan lagi motivasi tentang peajaran dikalangan para pejalar yang akan menduduki PMR kelak.
Program ini adalah dibawah kelolaan unit Bimbingan dan Kaunseling dan En Mohd Madya selaku ketua program.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah, ceramah motivasi yang mana penceramahnya dijemput khas dari sekolah lain. Selain itu, aktiviti seperti sukaneka, latihan dalam kumpulan, senamrobik, nyanyian lagu semangat juga dijalankan.
11 Ogos 2010
05 Ogos 2010
Aktiviti Bulan Kemerdekaan
Bersempena dengan bulan Ogos ini, Aktiviti Bulan Kemerdekaan telah dijalankan di SMKBA ini. Untuk permulaan pada tahun ini, aktiviti menceriakan kawasan sekolah dengan menggantungkan bendera telah dilaksanakan. Aktiviti ini adalah di bawah bidang kemanusiaan yang diketuai oleh Ustazah Noorlaila.
Aktiviti ini dimulakan pada pukul 3.00 petang dan tamat sejam kemudian. Antara yang menolong menggatungkan bendera ini, adalah pengawas dan pelajar asrama.
bendera kecil juga digantung disepanjang laluan koridor
Antara objektif utama aktiviti ini adalah menimbulkan kesedaran tentang cintakan tanah air kepada semua pelajar dan guru guru. Selain itu, aktiviti menggantung bendera ini juga dapat meningkatkan semangat sayangkan tanah air dan menghargai jasa dan pengorbanan para pemimpin terdahulu untuk mencapai kemerdekaan.
Jasamu Dikenang
Pada minggu ini, SMKBA kehilangan seorang lagi guru. Orang yang dimaksudkan ialah En Stephen Buda. Walau hanya seketika menabur bakti di sini, namun jasa dan pengorbanan beliau adalah sangat besar. Antaranya ialah, komitmen beliau selaku ketua rumah sukan hijau tahun ini dan membolehkan rumah hijau dinobatkan sebagai juara pada kali ini. Dari pihak editorial ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada beliau.
01 Ogos 2010
Lawatan Ke Kolej Laila Taib, Sibu
Lawatan ke Kolej Laila Taib merupakan salah satu program melibatkan Pelajar dari tiga buah sekolah iaitu SMK Chung Hua,SMK Tiong Hin dan SMK Bawang Assan. Program lawatan in i adalah dibawah kelolaan SMK Chung Hua sempena program RIMUP yang wajid dijalankan oleh semua sekolah.Program ini dilaksanakan di peringkat bahagian dalam usaha membentuk nilai sosial dan sikap ramah mesra antara pelajar dari sekolah yang berlainan.
Program ini perlu diteruskan untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk memberi impak yang lebih dengan penglibatan murid yang lebih menyeluruh. Ini adalah selaras dengan Dasar kerejaan yang menekan aspek konsep satu Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)