Patah tumbuh hilang berganti. Itulah ungkapan yang tepat dapat digambarkan pada situasi di SMKBA sekarang ini. Bermulanya penggal kedua ini SMKBA telah menerima kehadiran 3 orang guru baru yang menggantikan guru yang telah berpindah dah seorang anggota kakitangan sokongan bagi menantapkan lagi pentadbiran di SMKBA. Guru yang dimaksudkan ialah :
Warga Pendidik 2017

26 Jun 2010
Jasamu Dikenang
Bermulanya sesi persekolahan penggal kedua ini, SMKBA kehilangan tiga orang guru yang telah banyak berjasa kepada pihak sekolah. En Jawan Jarraw telah berpindah ke SMK Sibu Jaya, En Micheal Itot telah berjaya melanjutkan pelajaran peringkat KPLI di Maktab perguruan Kota Bharu, Kelantan, manakala Pn Suria Simon juga telah berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat KPLI di Maktab perguruan Batu Lintang, Kuching. Dari pihak editorial ingin mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih di atas segala sumbangan yang telah anda semua berikan.
21 Jun 2010
Sesi Persekolahan Bersambung Semula
Setelah bercuti selama 3minggu, kini sesi persekolahan telah disambung kembali. Kepada semua pelajar dan guru, teruskan berusahah kerana banyak cabaran dan tugasan yang menanti anda.. Dari pihak editorial ingin mengucapkan, Selamat Kembali kepada semua.
02 Jun 2010
Sejarah Sekolah
SMKBA terletak di kawasan Bawang Assan iaitu kira kira 30km dari bandar Sibu. Ianya mula dibuka pada awal Januari 1988 oleh En Azmi b Junid, Pengarah Pendidikan Sarawak pada masa itu. Pada waktu itu, kawasan sekolah hanya mempunyai dua buah bangunan dua tingkat, sebuah astaka, dan dua buah flat guru. Pada waktu tersebut juga ianya hanya boleh dihubungi dengan menggunakan pengangkutan air seperti bot ekspress dan perahu sahaja memandangkan tiadanya jalan darat.
Setelah dua puluh tahun dibina, ianya mengalami banyak revolusi dari segi fizikal mahupun para penghuninya selaras dengan kepesatan kemajuan teknologi masa kini. Sekarang SMKBA sudah boleh dihubingi dengan jalan darat yang hanya mengambil masa kira kira 30 mint sahaja dari bandar Sibu. Ianya juga sudah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya.
Setelah dua puluh tahun penubuhannya, sudah empat orang pengetua dan 2 orang pemangku telah menguruskan pentadbirannya. Bermula dengan En Adin Brooke (Jan 98-Dis 91), Tn Hj Madian Sejeli ( Pemangku Jan 91-Nov 93), En Leslie Gandil (Nov 93-Dis 94) sebelum dipangku oleh Cik Sakiah Uji (Jan 95-Dis 95). Pada Mei 96, En William Baja Jap mula mengambil alih pentadbiran. Tugas beliau diteruskan lagi oleh En Kandou Ngadi bermula dari Januari 2005 sehinggalah kini.
dipetik dan diubahsuai dari Suara Bawang Assan edisi 2009
Visi, Misi dan Motto Sekolah
Visi Sekolah
SMKBA akan menjadi sekolah menengah luar bandar yang cemerlang dari segi kurikulum, kokurikulum, keceriaan dan disiplin menjelang tahun 2010
Misi Sekolah
Berkhidmat dengan penuh komitmen menjadikan SMKBA sebagai sebuah sekolah luar bandar yang cemerlang
Motto Sekolah
"Berilmu dan Berdisiplin"
Berusaha untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pendidikan yang bermutu tinggi di samping memiliki disiplin dan jati diri yang boleh dibanggakan
Flora di SMKBA
Di SMKBA, terdapat banyak spesis bunga bungaan yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna serta hidup subur di persekitaran sekolah. Terdapat bunga yang ditanam dan ada juga yang tumbuh secara semulajadi. Di sini disertakan beberapa jenis bunga yang mewarnai lanskap sekolah.
01 Jun 2010
Langgan:
Catatan (Atom)